Warga KPK Jayakan Hari Cuci Malaysia 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 27 September 2026 (The Capital Post) – Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berganding bahu menjayakan Program Hari Cuci Malaysia Peringkat KPK Tahun 2026 sempena World Cleanup Day 2026 yang berlangsung pada 26 September, semalam.

Program dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) KPK, Shafie Taib, sebelum diteruskan dengan aktiviti senamrobik bagi menyemarakkan semangat peserta sebelum mereka menjalankan aktiviti pembersihan di zon yang ditetapkan.

Selain aktiviti gotong-royong, warga kementerian turut mengambil bahagian dalam usaha menggalakkan amalan kitar semula dengan menghantar barangan kaca, kertas dan plastik untuk dikitar semula.

-Advertisement-

Mereka juga berpeluang menjual minyak masak terpakai sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan sisa serta memupuk pengurusan bahan buangan yang lebih bertanggungjawab.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen warga KPK dalam menjaga kebersihan persekitaran dan menggalakkan amalan lestari, selain menyemai kesedaran bahawa tanggungjawab memelihara alam sekitar perlu diteruskan dalam kehidupan seharian – The Capital Post