Malaysia Tekankan Pengukuhan Grid Tenaga ASEAN

Estimate Reading Time: < 1 minute

METRO MANILA, 8 Oktober 2026 (The Capital Post) – Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh Grid Tenaga ASEAN (APG) serta meningkatkan kerjasama serantau dalam tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga dan perdagangan elektrik rentas sempadan.

Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-44 (44th ASEAN Ministers on Energy Meeting – AMEM) yang berlangsung di Metro Manila, Filipina pada 7 Oktober.

Dalam mesyuarat tersebut, Malaysia menekankan kepentingan memperkukuh APG sebagai antara usaha menyokong integrasi tenaga bersih yang lebih kukuh dalam kalangan negara ASEAN.

Malaysia turut memberi perhatian kepada peningkatan kerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga bagi menyokong peralihan kepada sistem tenaga yang lebih mampan di rantau ini.

-Advertisement-

Selain itu, pengukuhan perdagangan elektrik rentas sempadan turut diketengahkan sebagai antara elemen penting dalam meningkatkan keterhubungan dan kerjasama tenaga serantau.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, penyertaan Malaysia dalam AMEM Ke-44 mencerminkan komitmen negara untuk terus memperkukuh kerjasama tenaga ASEAN dan menyokong integrasi tenaga bersih serantau – The Capital Post