KPT Terima Peruntukan RM19.1 Bilion Menerusi Belanjawan 2027

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 10 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima peruntukan sebanyak RM19.1 bilion menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bagi memperkukuh pembangunan sektor pendidikan tinggi negara.

 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15.13 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM3.96 bilion lagi disalurkan untuk perbelanjaan pembangunan.

Jumlah peruntukan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2.6 peratus berbanding RM18.6 bilion yang diterima KPT pada tahun 2026, sekali gus mencerminkan kepentingan pendidikan tinggi dalam menyokong aspirasi Ekonomi MADANI.

-Advertisement-

KPT turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas peruntukan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 bertemakan “Belanjawan MADANI Kelima: Menggapai Di Langit, Mengakar Di Bumi”.

Menerusi peruntukan berkenaan, KPT akan terus mempergiat usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan tinggi melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif yang berkaitan secara langsung mahupun tidak langsung dengan kementerian tersebut – The Capital Post