PUTRAJAYA 11 Oktober 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, meraikan Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, bersama delegasi negara itu dalam satu majlis minum petang yang turut menampilkan persembahan seni dan budaya Malaysia.
Majlis berkenaan diserikan dengan persembahan tarian tradisional serta nyanyian oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Permata Seni, sekali gus mengetengahkan keunikan serta kepelbagaian warisan budaya masyarakat Malaysia.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar menyatakan keyakinan bahawa hubungan persahabatan antara Malaysia dengan Republik Arab Mesir akan terus berkembang berlandaskan rasa saling menghormati serta ikatan sejarah dan keilmuan yang telah lama terjalin.
-Advertisement-
Beliau turut berharap hubungan erat kedua-dua negara dapat membuka ruang kepada lembaran baharu kerjasama dalam pelbagai bidang demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia serta Mesir – The Capital Post