Kementerian Ekonomi Semarakkan HSN dengan Zumba dan E-Sukan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 12 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Ekonomi menganjurkan Program Zumba dan Kejohanan E-Sukan Peringkat Kementerian Ekonomi 2026 pada 9 Oktober lalu sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026.

Program tersebut menampilkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi, termasuk senaman Zumba serta pertandingan permainan digital seperti EA SPORTS FC 26, Mobile Legends dan permainan Nintendo Switch.

Kemeriahan acara turut diserikan dengan cabutan bertuah yang menambahkan keterujaan warga kementerian sepanjang program berlangsung.

-Advertisement-

Penganjuran inisiatif itu bukan sahaja bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat, malah menyediakan ruang untuk warga Kementerian Ekonomi berinteraksi dalam suasana santai di luar rutin kerja harian.

Melalui gabungan aktiviti fizikal dan sukan elektronik, program berkenaan turut menyokong usaha mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai semangat kesukanan dalam kalangan warga kementerian – The Capital Post