Cabaran Langkah Sihat BMSS Tawar Hadiah RM26,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 12 Oktober 2026 (The Capital Post) – Orang ramai berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi Cabaran Langkah Sihat BMSS 2026 yang berlangsung esok, 13 Oktober 2026 hingga 11 November 2026, dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM26,000.

 

Cabaran tersebut menggalakkan peserta mengamalkan gaya hidup aktif dengan menetapkan sasaran sebanyak 70,000 langkah setiap minggu sepanjang empat pusingan mingguan.

Peserta yang memenuhi sasaran ditetapkan berpeluang memperoleh empat e-medal rasmi serta kelayakan menyertai cabutan hadiah mingguan. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk WalkingPad, jam tangan pintar Garmin, fon kepala, beg premium dan baucar Decathlon.

-Advertisement-

Bagi menyertai cabaran ini, peserta perlu membuka aplikasi BookDoc, mencari program “Langkah Sihat BMSS 2026” dan menekan butang “JOIN” untuk menyertai aktiviti berkenaan.

Pendaftaran telah dibuka sejak 10 Oktober 2026 bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat persediaan sebelum cabaran bermula.

Inisiatif ini diharap dapat menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai sebahagian daripada rutin harian masyarakat, di samping menggalakkan amalan hidup sihat melalui pendekatan yang interaktif dan menawarkan ganjaran menarik – The Capital Post