Ketua Polis Kota Setar Ziarah Jenazah Anggota

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA SETAR 12 Oktober 2026 (The Capital Post) – Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri bin Syed Ali menziarahi jenazah Koperal Ahmad Syuafis bin Zin di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), sebagai tanda penghormatan terakhir kepada anggota polis yang meninggal dunia pada 11 Oktober lalu.

Allahyarham merupakan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pokok Sena, Kedah, kira-kira jam 6.30 petang ketika berusia 36 tahun.

Allahyarham telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 16 Januari 2009. Jenazah beliau dijadualkan dikebumikan pada 12 Oktober 2026 di Tanah Perkuburan Kampung Atong, Mukim Jabi, Pokok Sena.

-Advertisement-

Kunjungan tersebut mencerminkan keprihatinan pihak pengurusan IPD Kota Setar terhadap pemergian anggota berkenaan, selain memberikan sokongan moral kepada keluarga Allahyarham yang sedang melalui detik sukar.

Seluruh warga IPD Kota Setar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala keluarganya diberikan ketabahan menghadapi kehilangan ini – The Capital Post