SARAWAK 15 Oktober 2026 (The Capital Post) – Sebanyak 50 projek pembaikan dan penyelenggaraan jalan ladang di Sarawak telah diluluskan bagi tempoh 2023 hingga September 2026, melibatkan peruntukan keseluruhan RM15.72 juta untuk meningkatkan kemudahan akses ke kawasan pertanian.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, projek berkenaan meliputi laluan sepanjang 116 kilometer yang dijangka memberi manfaat kepada 886 pekebun kecil di negeri itu.
Pelaksanaan projek tersebut merangkumi kawasan tanaman kelapa sawit, lada, koko dan getah, sekali gus membantu memudahkan pergerakan pekebun kecil serta urusan pengangkutan hasil pertanian.
-Advertisement-
Pembaikan dan penyelenggaraan jalan ladang merupakan antara usaha untuk memperkukuh kemudahan infrastruktur di kawasan pertanian, selain menyokong kelancaran aktiviti pengeluaran dan pemasaran hasil komoditi.
Inisiatif berkenaan diharap dapat meningkatkan aksesibiliti kawasan ladang serta menyokong produktiviti dan kesejahteraan pekebun kecil di Sarawak – The Capital Post