PUTRAJAYA 19 Oktober 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YBhg. Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin, menyertai aktiviti memasak mi goreng anjuran PUSPANITA Cawangan NRES sebagai usaha berkongsi rezeki serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga kementerian.
Program tersebut bukan sekadar menyediakan juadah, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk nilai keprihatinan dan menggalakkan budaya saling membantu dalam persekitaran kerja.
Inisiatif kebajikan seumpama ini mencerminkan kepentingan amalan berkongsi rezeki dalam menyebarkan kebaikan serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan sejahtera.
-Advertisement-
Turut menyertai aktiviti berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), YBhg. Datuk Nor Yahati Awang; Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan (BPBP), Encik Siva Kumar Solay Rajah; serta pegawai NRES dan jabatan berkaitan.
Program ini selari dengan usaha menyemai nilai kemasyarakatan dan kebersamaan dalam organisasi, seiring dengan slogan NRES, “Ingat NRES, Ingat Lestari” serta prinsip kerja cekap, tangkas dan berintegriti – The Capital Post