PUTRAJAYA, 25 Mac 2020 (The Capital Post) – Menteri Pengajian Tinggi YB Dato Dr Noraini mengumumkan perlanjutan tempoh permohonan UPU Online kepada calon lepasan SPM dari 31 Mac 2020 kepada 7 April 2020, 11.59pm manakala pembelian no pin Unik dari Bank Simpanan Nasional juga dilanjutkan sehingga 6 April 2020.
-Advertisement-
“Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, saya memahami calon – calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sukar untuk mendapatkan akses Internet. Menyedari hal ini, Kementerian bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan kepada Universiti Awam (UA) melalui saluran UPUOnline” kata Noraini.
-Advertisement-
Bagi calon lepasan Matrikulasi dan STPM tiada sebarang perlanjutan tarikh dan kekal pada 7 April 2020. Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan pada malam 24 Mac 2020 – The Capital Post
