Calon Parti PUTRA Laila Norinda Pertama Serah Borang di DUN Gadek

Estimate Reading Time: < 1 minute

GADEK, 31 Oktober 2026 (The Capital Post) – Ketua Wiranita Malaysia Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Puan Laila Norinda Maon, mencuri tumpuan apabila menjadi bakal calon terawal hadir dan individu pertama menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, hari ini.

Laila Norinda yang dipertaruhkan oleh Parti PUTRA bagi merebut kerusi DUN Gadek hadir ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks JAPERUN Gadek bagi melengkapkan proses pencalonannya yang berlangsung pada pagi Sabtu.

Kehadiran beliau turut mendapat perhatian apabila Presiden Parti PUTRA, Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali, hadir sendiri bersama barisan Ahli Dewan Tertinggi parti bagi mengiringi dan memberikan sokongan kepada calon berkenaan.

-Advertisement-

Penyertaan Laila Norinda yang juga memegang jawatan kepimpinan tertinggi sayap wanita PUTRA di peringkat kebangsaan menandakan penglibatan langsung kepimpinan wanita parti itu dalam persaingan merebut kerusi DUN Gadek pada pilihan raya kali ini.

Sementara itu, proses penamaan calon yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 10 pagi, sebelum urusan semakan serta pengesahan pencalonan dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. – The Capital Post.