RASMI : Setiausaha Politik PM tumbang di DUN Paya Rumput

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA, 14 November 2026 (The Capital Post) – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, dilaporkan tewas dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Paya Rumput pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, menurut keputusan tidak rasmi.

Azman yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas tiket Pakatan Harapan (PH) berdepan pertandingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS, Rafie Ahmad, serta Abdul Rashid Abu Bakar daripada Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).

Azman, 54, yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, membuat penampilan sulung dalam pilihan raya menerusi pencalonannya di Paya Rumput.

-Advertisement-

Kerusi berkenaan sebelum ini disandang Datuk Rais Yasin daripada Barisan Nasional (BN), yang memenanginya pada PRN Melaka 2021 dengan majoriti 629 undi. Bagaimanapun, Rais tidak mempertahankan kerusi itu selepas dipilih bertanding di DUN Sungai Udang.

DUN Paya Rumput mempunyai 46,521 pengundi berdaftar pada PRN 2026 dan menjadi antara kerusi tumpuan berikutan penyertaan Azman yang berkhidmat dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – The Capital Post.