Ahli Parlimen saran pasang CCTV selepas mural Agong, pemimpin negara diconteng

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Ahmad Maslan (PN-Pontian) mencadangkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau mural Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara di daerah itu yang diconteng kata-kata kesat.

-Advertisement-

“Satu perkara yang berlaku, kelihatan kecil tetapi besar maknanya, iaitu mural lukisan dinding di Shah Alam yang ada potret Agong, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin diconteng dengan perkataan yang amat tidak sesuai.

“Saya kira MBSA perlu ambil tindakan segera ke atas orang yang melakukan perkara ini. Kita harap ada CCTV yang rakam perbuatan mereka tidak kira bila. Tidak kira mereka siapa, perlu diambil tindakan segera,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pekerja Majlis Bandaraya Shah Alam mengecat semula mural Agong Sultan Abdullah, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang dirosakkan.

-Advertisement-

Mural pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam itu dilukis Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27.

Kini, mural itu ditutup dengan kanvas dan dikeliling pita kuning “dilarang masuk”. Lukisan yang diconteng itu dicat semula dengan cat putih oleh kakitangan MBSA pada 12.10 tengah hari tadi di bawah kawalan polis.

-FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373