Ahli perniagaan didakwa rasuah RM615,000 untuk ‘selesai’ kes Bukit Aman

Estimate Reading Time: < 1 minute

BUTTERWORTH: Seorang ahli perniagaan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah RM615,000 untuk membantu “menyelesaikan” satu kes Bukit Aman membabitkan individu lain tahun lalu.

-Advertisement-

Chan Eng Leong, 46, didakwa meminta AS$150,000 dan menerima rasuah dengan jumlah sama dalam ringgit daripada Goh Choon Kim antara 30 dan 31 Mac 2019, kira-kira 5 petang di pejabat Hotel Vangohh Eminent di Machang Bubok, Bukit Mertajam.

Chan turut didakwa menerima RM615,000 daripada Goh di pejabat Global Tobacco Manufacturers Sdn Bhd di Machang Bubok pada 1 April 2019.

Jumlah itu didakwa dibayar untuk “menyelesaikan” satu siasatan Bukit Aman ke atas Goh Kim Heong di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Chan didakwa dengan 2 pertuduhan, iaitu meminta dan menerima rasuah di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga 5 kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Selvaranjini Selvaraja meminta ikat jamin ditetapkan RM300,000 dan perintah mahkamah untuk tertuduh tidak menghubungi saksi kes itu.

-Advertisement-

Peguam Chan, RSN Rayer meminta ikat jamin dikurangkan kerana anak guamnya tidak pernah menghubungi sesiapa sejak Februari lalu apabila SPRM menahannya dan dia sudah membayar ikat jamin RM30,000.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan ikat jamin RM250,000 dengan 2 penjamin dan mengarahkan Chan menyerahkan pasportnya.

Azhari menetapkan 23 Okt untuk sebutan semula kes dan mengarahkan Chan melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Chan kemudiannya membayar wang jaminan itu.

-FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373