PULAU INDAH, 6 September 2026 (The Capital Post) – Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang, YDH DCP Datuk Nik Ezanee bin Mohd Faisal, mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Kastam Negeri Selangor, YBrs. Puan Noraidah binti Ishak, di sini.
Kunjungan tersebut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama antara AKPS Pelabuhan Klang dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor, khususnya dalam aspek penyelarasan operasi dan penguatkuasaan di pintu masuk negara.
Pertemuan itu turut memberi tumpuan kepada usaha mempertingkat perkongsian maklumat serta koordinasi antara kedua-dua agensi bagi memastikan kawalan sempadan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
-Advertisement-
Kerjasama berterusan antara AKPS dan JKDM Selangor diyakini mampu memperkukuh ekosistem keselamatan sempadan, selain memastikan pelaksanaan tanggungjawab kedua-dua agensi berjalan lancar demi kepentingan serta keselamatan negara.
Sinergi strategik yang diperkasa melalui koordinasi antara agensi turut menjadi elemen penting dalam memastikan kesiapsiagaan penguatkuasaan sentiasa berada pada tahap optimum, selaras dengan prinsip kompeten, berintegriti dan tegas. – The Capital Post