5,244 kes baharu COVID-19 hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 5,244 kes baharu dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 711,006.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,001 kes dicatatkan.

Katanya, ia diikuti Negeri Sembilan dengan 677 kes, Sarawak (577), Kuala Lumpur (531), Johor (282), Pahang (245) dan Kedah (189).

“Hanya Perlis mencatatkan pertambahan kes satu digit, iaitu satu kes,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373