COVID-19: 25,099 kes baharu dilaporkan semalam

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Angka harian kes COVID-19 terus menurun dengan 25,099 jangkitan baharu dilaporkan, semalam, berbanding 26,832 kelmarin.

Menurut maklumat dalam laman sesawang COVIDNOW,

jangkitan baharu itu membabitkan 25,014 penularan tempatan dan 85 kes import.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 3,246,779 kes.

-BH

Comments (0)
Add Comment