COVID-19: 7,703 kes baharu hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes penularan COVID-19 terus menunjukan peningkatan dan hari ini sebanyak 7,703 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 587,165 kes.

Katanya, kes tertinggi dilaporkan di Selangor dengan 2,728 kes diikuti Kuala Lumpur (701); Sarawak (588); Negeri Sembilan (586); Johor (554) dan Kelantan (541).

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan Putrajaya mencatatkan kes terendah iaitu hanya satu kes,” katanya dalam Facebook, di sini hari ini.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373