[Covid-19] Angka Pesakit Melonjak ke 428 Pesakit setakat 15 Mac 2020

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 15 Mac 2020 (The Capital Post) – Jumlah kes baru Covid-19 melonjak hingga 190 pada hari Ahad (15 Mac), peningkatan hari kedua tertinggi di negara ini.

Kementerian Kesihatan berkata ini membawa jumlah kes yang dicatatkan kepada 428.  “Berdasarkan siasatan awal, kes-kes baru ini berkaitan dengan perhimpunan tabilgh di masjid Seri Petaling.  ” Setakat ini, sembilan pesakit positif Covid-19 berada dalam ICU dan memerlukan bantuan pernafasan, “kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Adham Bin Baba kebanyakkan peningkatan kes Covid ini melibatkan program perhimpunan tabligh di Sri Petaling tempoh hari. – The Capital Post
Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373