Denmark bakal anjur kejohanan Basikal Dunia 2024

Estimate Reading Time: < 1 minute

COPENHAGEN- Denmark bakal menjadi tuan rumah kejohanan Basikal Dunia 2024 yang akan berlangsung di Arena Ballerup Super di Greater Copenhagen, umum Kesatuan Berbasikal Denmark (DCU) di sini, Jumaat.

”Ia merupakan kejohanan trek terbesar selepas kejohanan berbasikal lebuh raya. Kami sangat gembira kerana ia akan diadakan di Denmark,” kata Presiden DCU Henrik Jess Jensen kepada TV 2 Sports News.

Agensi berita Xinhua melaporkan, keputusan Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI) mengenai pemilihan Demark itu diumum pada sidang akhbar di Harrogate, England pada Jumaat.-Bernama

Comments (0)
Add Comment