Kadar boleh jangkit COVID-19 masih melepasi 1

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (RT) COVID-19 di negara ini semalam menurun iaitu pada paras 1.33, berbanding Sabtu lalu 1.49.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat tujuh negeri mencatatkan kadar Rt melebihi jumlah kebolehjangkitan negara.

Kadar Rt paling tinggi dilaporkan di Labuan dengan 2.08, diikuti Sarawak (1.57), Sabah (1.52), Perlis (1.41), masing-masing 1.40 dilaporkan di Kedah dan Pulau Pinang dan Terengganu (1.36).

Selain itu, negeri lain mencatatkan kadar kebolehjangkitan bawah paras negara iaitu paling rendah dilaporkan di Melaka dengan 1.21, diikuti Putrajaya (1.23), Kuala Lumpur (1.24), Negeri Sembilan (1.27), Perak (1.28), Selangor (1.29), Johor (1.31), Pahang (1.32) dan Kelantan (1.33).

Nilai RT merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 22,133 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 3,083,683.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373