Kes positif COVID-19 harian tertinggi dua hari berturut

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dua hari berturut-turut apabila sebanyak 22,948 kes dilaporkan hari ini berbanding semalam, 22,242 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsikan ringkasan laporan di akaun Facebook, berkata ketika ini jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 1,489,460.

Sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 7,175 kes jangkitan harian hari ini.

Ia disusuli Sabah dengan 2,583 kes; Kedah (2,137); Pulau Pinang (1,655); Johor (1,526); Kuala Lumpur (1,439); Kelantan (1,271); Perak (1,229) dan Sarawak, 1,206 kes.

Negeri lain turut mencatatkan pertambahan kes iaitu Melaka dengan 737 kes hari ini; Pahang (736); Terengganu (621); Negeri Sembilan (556); Perlis (42); Putrajaya (26) dan Labuan mencatatkan kes harian terendah, sembilan kes.

Berita selanjutnya menyusul. -BH

Comments (0)
Add Comment