Kes terus meningkat 2,551

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA – Kes harian hari ini terus meningkat ke angka 2,551 menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kini mencecah 370,528 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Sarawak mencatatkan angka tertinggi dengan 960 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 590 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 245 kes.

“Seterusnya, Kelantan (164), Sabah (143 kes), Johor (121 kes), Pulau Pinang (91 kes), Negeri Sembilan (53), Perak (49), Kedah (35), Melaka (28), Pahang (47), dan Terengganu (16).

“Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan enam kes manakala dua kes di Labuan dan satu kes Perlis,” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini.-KOSMO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373