Lelaki lemas ketika larikan diri daripada polis

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA SELANGOR: Tindakan seorang lelaki melarikan diri daripada operasi polis di Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, di sini memakan diri apabila dia ditemui lemas, semalam.

Mangsa berusia 43 tahun ditemui anggota bomba di sungai pada jam 12.16 tengah hari, pada jarak kira-kira 700 meter dari lokasi dia jatuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada polis jam 7.24 malam kelmarin.

Sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi.

“Kerja-kerja pencarian kemudian dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya ketika dihubungi, semalam.

-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment