Nilai Rt negara kekal bawah 1.00

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 negara meningkat 0.01 kepada 0.98 berbanding Sabtu lalu.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter rasminya hari ini, lima negeri merekodkan kadar Rt tertinggi melebihi 1.00.

Negeri yang mencatatkan kadar Rt melebihi 1.00 ialah Sabah (1.07), Melaka (1.03), Kuala Lumpur (1.06), Labuan (1.19) dan Negeri Sembilan (1.02), manakala Kedah (1.00).

Sementara itu, negeri lain yang mencatatkan Rt atas 0.90 ialah Selangor (0.99), Pulau Pinang (0.95), Johor (0.97), Kelantan (0.96), Putrajaya (0.96), Pahang (0.99) dan Perlis (0.95).

Hanya Sarawak dan Terengganu mencatatkan bacaan Rt terendah iaitu masing-masing 0.87.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 2,888 kes positif baharu COVID-19 sekali gus menjadikan kes kumulatif di negara ini sebanyak 2,786,219 kes.

-BH

Comments (0)
Add Comment