Treler bawa muatan serbuk kapur terbalik

Estimate Reading Time: < 1 minute

JITRA: Sebuah treler yang sarat membawa muatan serbuk batu kapur terbabas, lalu terbalik di Kilometer 33 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi tadi, pemandu treler lelaki berusia 25 tahun itu bernasib baik apabila tidak mengalami kecederaan meskipun kesemua tayar kenderaan berat itu di atas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima berhubung kejadian itu pada jam 2.40 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Che Kob Che Dan tiba di lokasi jam 3 pagi.

“Operasi disertai enam anggota dan dua jentera dari balai berkenaan.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan hanya membabitkan treler yang terbabas di bahu jalan dan tidak menghalang laluan pengguna jalan raya lain.

“Pemandu lori treler itu terselamat dan berjaya keluar sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, lori berkenaan membawa muatan Calcium Carbonate Slurry (serbuk Batu Kapur).

Beliau berkata, walaupun serbuk batu kapur itu mempunyai bahan kimia namun ia tidak mendatangkan bahaya.

“Tindakan anggota BBP Jitra membuat pemantauan dan memastikan tiada penumpang lain tersepit sebelum diserahkan kepada pihak lebuhraya,” katanya.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373