SELAYANG 15 Oktober 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan sumbangan kepada Editor Kanan Makkal Osai, Rajan Boopalan, yang kini menerima rawatan di Hospital Selayang selepas dilaporkan mengalami darah beku di kepala.
Menerusi wakil daripada Pejabat Perdana Menteri yang menziarahi beliau hari ini, Anwar menyampaikan salam serta bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan pengamal media berkenaan.
Wakil berkenaan turut menyerahkan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri bagi membantu meringankan beban Rajan dan keluarganya sepanjang tempoh rawatan.
-Advertisement-
Anwar turut menzahirkan harapan agar Rajan diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali pulih seperti sediakala.
Beliau juga mendoakan agar Rajan serta keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi tempoh yang mencabar ini – The Capital Post