KUALA LUMPUR, 2 September 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa mengunjungi KL Night Street, Sri Rampai bagi bertemu penduduk setempat dan peniaga pada malam tadi.
Dalam kunjungan itu, Anwar turut menyantuni orang ramai termasuk kanak-kanak dan golongan muda, selain mendengar pandangan serta aduan yang dikemukakan oleh para peniaga mengenai keadaan dan kemudahan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, segala pandangan yang diterima akan diberi perhatian dan diteliti bagi mengenal pasti langkah yang boleh diambil untuk menambah baik kemudahan serta keadaan perniagaan peniaga setempat.
-Advertisement-
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada penggiat muzik jalanan atau busker yang menceriakan suasana menerusi persembahan lagu Azizah ketika kunjungan tersebut. – The Capital Post