WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27463) ORDER BY meta_id ASC

Bekalan air mula disalur 5 petang ini » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bekalan air mula disalur 5 petang ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna bermula 5 petang ini.

-Advertisement-

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, ia susulan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap dilaksana pada 5.00 pagi tadi.

“Sehingga 6:00 pagi, sistem rawatan air di LRA SSP1 telah distabilkan dan bekalan air mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya dalam kenyataan.

-Advertisement-

Sebanyak 998 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air berjadual, dijangka selama empat hari bermula semalam.

Tujuh wilayah itu melibatkan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.-FMT

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33320,33317,33315,33312) ORDER BY meta_id ASC