Bentang semula rang undang-undang IPCMC, kumpulan anti rasuah beritahu kerajaan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kumpulan pemantau rasuah menggesa Putrajaya supaya membentang semula rang undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) 2019.

-Advertisement-

Transparency International Malaysia (TI-M) berkata, penagkapan terbaru pegawai polis berkait kes “Macau scam” menunjukkan IPCMC diperlukan, bukan versi lemahnya, iaitu Suruhanjaya Bebas Tingkah laku Polis (IPCC) 2020.

Dalam satu kenyataan ia berkata, rang undang-undang IPCC bermasalah dengan mengemukakan peruntukan yang membolehkan pegawai atasan polis mempengaruhi dan campur tangan dalam siasatan salah-laku.

Ia berkata, rang undang-undang baru itu juga membolehkan saksi yang merupakan pegawai polis tidak menjawab soalan dalam siasatan salah laku.

Terdahulu dilaporkan 2 pegawai polis ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan selepas itu oleh polis berkait kes “Macau scam”.

-Advertisement-

“IPCMC bertujuan menyekat salah laku polis dan melindungi kepentingan awam, mempromosi integriti dalam pasukan polis, mengawal disiplin dan menasihati kerajaan berhubung penambahbaikan kebajikan dan kesejahteraan polis,” kata IT-M.

“Berikutan kes ‘Macau scam’ yang didedahkan oleh SPRM baru-baru ini, kerajaan Perikatan Nasional (PN), ahli politik, polis dan pertubuhan masyarakat sivil tidak mempunyai pilihan lebih baik dalam memahami keperluan IPCMC, bukannya versi lemah rang undang-undang itu.”

Beberapa pemegang taruh, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan pasukan petugas IPCMC Majlis Peguam turut mengkritik IPCC sebelum ini. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373