WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Ahad merekodkan 55,187 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menurut data dikeluarkan Johns Hopkins University.
Negara paling teruk terjejas akibat penularan pandemik itu, kini mencatatkan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,229,624 dengan 518 kematian baharu menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 146,909 kes.
Kali terakhir jumlah kes baharu harian di bawah 60,000 adalah hampir dua minggu lalu, iaitu pada 13 Julai.
Ahli saintis mengakui peningkatan kadar kematian disebabkan peningkatan jangkitan dengan jumlah kematian setiap hari selama empat hari melebihi 1,000 orang. – AFP