COVID-19: Singapura masuk fasa kemelesetan ekonomi

Estimate Reading Time: < 1 minute

SINGAPURA: Singapura bergelut dengan kemelesetan ekonomi pada suku kedua apabila pertumbuhannya merudum 41.2 peratus dari suku ke suku akibat pandemik COVID-19, menurut data awal, hari ini.

-Advertisement-

Tahun ke tahun, ekonomi republik ini yang bergantung pada perdagangan, menyusut 12.6 peratus antara April hingga Jun lalu berdasarkan data daripada Kementerian Perdagangan, susulan penguatkuasaan sekatan ketat untuk memerangi virus itu.

Ia sekali gus menandakan penguncupan suku yang kedua berturut-turut dan bermakna Singapura yang memiliki antara ekonomi paling terbuka di dunia, telah memasuki fasa kemelesetan untuk kali pertama dalam tempoh lebih sedekad.

“Penurunan besar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua adalah disebabkan pelaksanaan langkah bagi memperlahankan penularan wabak COVID-19 dari 7 April hingga 1 Jun lalu, termasuk penggantungan perkhidmatan tidak penting dan penutupan kebanyakan premis pekerjaan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

-Advertisement-

Ia juga dikaitkan dengan penguncupan terhadap ‘permintaan luar yang lemah ketika kemerosotan ekonomi global.

Singapura yang sering dilihat sebagai kayu ukur bagi keadaan perdagangan global, amat sensitif terhadap kejutan dari luar, dan angka suram terbabit adalah satu lagi petanda malang bagi ekonomi global. – AFP


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373