Fahmi Fadzil Tekankan Pembangunan AI Mampan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 9 September 2026 (The Capital Post) – Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil menegaskan pembangunan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia perlu dilaksanakan secara inovatif dan mampan bagi memastikan teknologi berkenaan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh keupayaan tempatan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri WAIC CONNECT Malaysia 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 September 2026, dengan menekankan kepentingan AI dalam meningkatkan produktiviti, mewujudkan peluang pekerjaan serta menjana nilai ekonomi kepada negara.

Menurut beliau, pembangunan AI turut perlu bergerak seiring aspirasi National AI Action Plan 2026–2030 (AI Nation 2030), yang memberi tumpuan kepada pengukuhan ekosistem AI negara dan pembangunan kapasiti tempatan.

-Advertisement-

Turut hadir ialah Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing; Presiden Huawei Asia Pacific Region, Terry He; Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, Simon Sun serta Presiden Kehormat Dewan Perniagaan Malaysia-China merangkap Presiden Persatuan Malaysia-China, Dato’ Abdul Majid Ahmad Khan. – The Capital Post