Gangguan seksual di tempat kerja boleh jejaskan prestasi kerja, cemar imej syarikat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Syarikat korporat digesa lebih proaktif dalam menangani isu gangguan seksual dan kesaksamaan gender di tempat kerja kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerja dan mencemar imej syarikat.

-Advertisement-

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kesejahteraan wanita dalam pelbagai aspek, menggesa tindakan itu perlu dilakukan kerana boleh menyumbang kepada peningkatan kes gangguan kesihatan mental, fizikal dan moral.

Sejajar dengan saranan itu, WAO dalam satu kenyataannya, tampil dengan inisiatif mewujudkan kempen “We Pledge” bagi memberi panduan, pengetahuan dan kesedaran kepada majikan serta pekerja dalam menangani isu berkenaan demi kesejahteraan masyarakat.

Menurut laporan Forum Ekonomi Dunia, Malaysia kini berada di tempat ke-9 di ASEAN dan di tempat ke-102 daripada 146 negara secara global untuk indeks Jurang Kesamarataan Gender, ia menunjukkan penurunan 0.694 pada tahun ini dari 2018 dan memerlukan tindakan segera bagi menanganinya.

WAO memandang serius isu membabitkan gangguan seksual dan kesamarataan gender kerana ia boleh menjadi penyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara sekali gus menjurus kepada kemiskinan.

-Advertisement-

Kesan jangka panjang termasuk kerosakan infrastruktur, institusi, kemusnahan aset, pemindahan paksa, peningkatan pengangguran dan inflasi.

Melalui “We Pledge”, majikan berupaya membawa perubahan dan peningkatan kepada persekitaran tempat kerja sekali gus memberi impak kepada pemerkasaan ekonomi pekerja, seiring dengan dasar kerajaan membangun masyarakat Madani dan mencapai Agenda Pembangunan Mampan menjelang 2030.

Antara topik yang ditekankan melalui kempen “We Pledge” adalah tindak balas dan pencegahan keganasan berasaskan jantina, Kesedaran, Kepelbagaian, Kesamarataan, dan Kemasukan (DEI) melalui usaha menangani prasangka gender dan latihan khusus untuk profesional sumber manusia, dan pasukan pengurusan, seiring dengan tema Hari Wanita Antarabangsa 2024, “Libatkan Wanita: Melabur untuk wanita.
-BeritaHarian