Shell tawar 88 syiling emas setiap minggu

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEMPENA musim perayaan ini, Shell Malaysia menawarkan hadiah lumayan dengan pelancaran peraduan mingguan ‘Shell Win 88 Gold Coins’.

-Advertisement-

Peraduan yang berlangsung sehingga 29 Feb 2024 ini bertujuan meraikan pengguna aplikasi Shell dan ahli BonusLink dengan tawaran hadiah lumayan syiling emas Habib Jewels.
Untuk mengambil bahagian, pelanggan mesti membuat pembelian minimum sebanyak RM15 dalam satu resit dan mengimbas kod QR aplikasi Shell atau kad fizikal BonusLink mereka untuk peluang menjadi sebahagian pemenang bertuah setiap minggu.

Untuk mendapatkan lebih banyak penyertaan dan mempunyai peluang menang yang lebih tinggi, pembeli boleh membeli item promosi pada aplikasi Shell (layak tiga penyertaan) atau minuman Shell Café (layak 5 penyertaan) ketika membuat pembelian di kedai.

Ini bermakna pelanggan yang berbelanja di Shell Café lebih tinggi penyertaan dan berpeluang memenangi hadiah setiap minggu.

-Advertisement-

Hanya penyertaan tertinggi sahaja akan diambil kira daripada tiga penyertaan maksimum setiap hari.

Selain menawarkan 88 wafer syiling emas semasa tempoh kempen, Shell juga melancarkan pelbagai ganjaran dan tawaran mingguan yang menarik untuk pelanggannya secara eksklusif pada aplikasi Shell.

Menariknya, pengguna aplikasi Shell akan dapat memantau dan menjejaki penyertaan mereka melalui bahagian ‘Win 88 Gold Coins Weekly’ pada laman utama aplikasi Shell.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373