Had 4 pelanggan satu meja ditarik balik di kawasan PKPB

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Tiada lagi had ke atas bilangan pelanggan yang dibenarkan duduk di satu meja di kawasan bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

-Advertisement-

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara mengesahkan perkara itu dengan FMT, mengatakan had empat orang satu meja ditarik balik.

Bagaimanapun, pelanggan perlu amalkan penjarakan fizikal satu meter semasa berkongsi meja.

SOP berkaitan seperti daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis butiran diri dan penggunaan pelitup muka masih terpakai.

-Advertisement-

Sebelum ini, ketika PKPB mula diumumkan di Lembah Klang, kerajaan berkata hanya dua pelanggan dibenarkan menduduki satu meja. Kawalan kemudian dilonggarkan kepada empat pelanggan satu meja.

PKPB bagi Selangor, Kuala Lumpur, dan Sabah dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 20 Dis.-FMT