Jawatankuasa Pilihan Teliti Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2026 (The Capital Post) – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Kewangan dan Ekonomi Parlimen Malaysia bagi membincangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 bersama Kementerian Kewangan.

Mesyuarat tersebut menjadi platform kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk meneliti secara terperinci cadangan rang undang-undang, mendapatkan penjelasan daripada kementerian serta mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan sebelum ia dibahaskan dan diputuskan di Dewan Rakyat.

Menurut Awang Hashim, perbincangan itu penting dalam usaha memperkukuh tadbir urus kewangan negara, meningkatkan ketelusan pengurusan dana awam serta memastikan setiap dasar yang digubal memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

-Advertisement-

Menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi Haji Awang Hashim, beliau berharap setiap perbincangan yang diadakan dapat menyumbang kepada penggubalan dasar yang lebih berkesan demi kepentingan negara. – The Capital Post.