Jenazah Dr Ainul Baraah Selamat Dikebumikan Di Pengkalan Chepa

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU 14 September 2026 (The Capital Post) – Jenazah Allahyarhamah YBrs. Dr. Ainul Baraah binti Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Kedeper, Kampung Baung, Pengkalan Chepa, Kelantan, petang semalam.

Sebelum pengebumian, Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad diberi penghormatan oleh keluarga Allahyarhamah untuk mengimamkan solat jenazah di Masjid Al-Karomah, Kampung Baung, Pengkalan Chepa.

Beliau turut meluangkan masa menziarahi dan menyantuni ahli keluarga serta waris Allahyarhamah di kediaman mereka sebagai tanda penghormatan dan ucapan takziah atas kehilangan tersebut.

-Advertisement-

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob; serta Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs. Encik Kasuadi bin Hussin.

Seluruh warga kerja KKM turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman – The Capital Post