KUALA LUMPUR, 3 September 2026 (The Capital Post) – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap e-mel palsu yang menyamar sebagai JPN dan mendakwa berkaitan urusan penggantian MyKad Format Baharu.
JPN mengesahkan e-mel berkenaan bukan dikeluarkan oleh jabatan itu dan menasihatkan penerima supaya tidak mengambil sebarang tindakan melalui pautan atau lampiran yang disertakan.
Orang ramai turut diingatkan supaya tidak memberikan maklumat peribadi atau maklumat sulit serta menyemak alamat e-mel dan domain pengirim sebelum melakukan sebarang tindakan.
-Advertisement-
JPN berkata penjenayah siber berkemungkinan menggunakan alamat atau domain yang menyerupai saluran rasmi bagi memperdaya pengguna.
Sehubungan itu, sebarang maklumat berkaitan perkhidmatan JPN hendaklah disemak melalui saluran rasmi jabatan bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan siber. – The Capital Post