Kelab Ekonomi Perkenal Kepimpinan Baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 11 Mei 2026 (The Capital Post) – Barisan kepimpinan baharu Kelab Kebajikan dan Sukan Kementerian Ekonomi (Kelab Ekonomi) bagi sesi 2026/2027 telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Ekonomi sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan serta kerjasama dalam kalangan warga kementerian.

Sesi tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi serta Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) bersama barisan pengurusan kementerian.

Kunjungan berkenaan menjadi platform memperkenalkan kepimpinan baharu Kelab Ekonomi selain membincangkan hala tuju organisasi serta perancangan pelbagai program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2026.

-Advertisement-

Menerusi pertemuan itu, kepimpinan kelab turut berkongsi inisiatif yang dirangka bagi memperkukuh kebajikan warga kementerian di samping menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan sosial.

Usaha tersebut selari dengan aspirasi kementerian dalam membentuk persekitaran kerja yang lebih harmoni, sihat dan inklusif demi meningkatkan kesejahteraan serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja. – The Capital Post