PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dalam memperuntukkan sebarang kelonggaran kepada individu yang sudah mendapat suntikan imunisasi lengkap.
-Advertisement-
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata percaturan itu diambil susulan penularan varian membimbangkan (VOC), termasuk Delta di beberapa negara jiran seperti Singapura.
-Advertisement-
Meneliti kebimbangan sedemikian, beliau berkata, kerajaan akan masih menerapkan amalan kawalan kesihatan awam dan kepentingan suntikan imunisasi walaupun Malaysia mencapai imuniti kelompok pada paras tertentu kelak.
-BH