Kem badminton negara wajib bangkit

Estimate Reading Time: 2 minutes

HANGZHOU: Sekali lagi, semuanya hanya keghairahan tetapi tiada hasil.

-Advertisement-

Begitulah gambaran secara ringkas buat pasukan badminton lelaki Malaysia selepas tersingkir dari Sukan Asia Hangzhou, semalam.

Skuad negara tersingkir di pusingan pertama atau 16 terbaik dalam aksi di Gimnasium Binjiang apabila tewas 1-3 kepada Korea Selatan.

Ini kali kedua berturut-turut Malaysia tersingkir di pusingan pertama pada Sukan Asia selepas tewas 0-3 kepada Jepun ketika temasya di Jakarta-Palembang 2018.

Jika ini menjadi petunjuk dari hasil yang serupa, kem negara mungkin harus bersedia untuk kehilangan tiga pingat daripada acara badminton.

Untuk rekod, walaupun hadir selaku bukan pilihan dalam acara berpasukan lelaki di Sukan Asia, kontinjen Malaysia merjangkakan tiga pingat dapat diraih dari kem badminton.

Walaupun tidak diumumkan secara terbuka, dua pingat perak diharapkan untuk pasukan lelaki dan juara dunia beregu lelaki tahun lalu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik manakala satu gangsa bagi beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah.

Terdapat tanggapan bahawa pasukan lelaki tidak terlalu menekan diri mereka kerana acara itu tidak menawarkan mata ranking Olimpik, bukan seperti acara individu yang akan bermula minggu depan.

Pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia tidak dapat meletakkan pasukan di hadapan apabila mengalami satu lagi kekalahan dalam musim mencabar kepada Jeon Hyeok Jin 14-21, 21-14, 18-21.

Apa yang menjadi tumpuan, ia kekalahan pertama Zii Jia menentang pemain Korea Selatan itu dalam tiga pertemuan.

Selepas Aaron-Wooi Yik berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan pasukan negara, dua lagi aksi seterusnya juga mengecewakan.

-Advertisement-

Pemain nombor 19 dunia, Ng Tze Yong dikritikan hebat kerana bukan sahaja tewas 11-21, 16-21 kepada pemain nombor 119 dunia, Lee Yin Gyu, tetapi juga kerana mencemuh media yang menunggu untuk menemu bualnya lebih awal.

Dalam aksi ketiga dan penentuan, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga berjuang habis-habisan tetapi ia tidak cukup untuk menghalang Korea Selatan menang.

Jadi siapa yang akan dipertanggungjawabkan?

Adakah pegawai tertinggi sukan Malaysia akan membuat pendirian tegas atau adakah mereka akan terus menyerah kepada tekanan media sosial?

Negara seperti China terus mendominasi dan membuktikan bahawa sukan berprestasi tinggi adalah membabitkan keputusan yang diraih.

Sama ada bekerja keras, mendapatkan keputusan yang baik atau dihantar keluar.

Selepas terkeluar daripada acara berpasukan lelaki, tumpuan seterusnya buat kem Malaysia adalah kepada acara individu dengan undian dijadualkan pada Ahad ini.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam acara badminton di Sukan Asia adalah pada 2014 (Incheon), apabila skuad yang diketuai Datuk Lee Chong Wei memenangi empat pingat gangsa.

Pada temasya 2018 sebelum ini, Malaysia pulang dengan tangan kosong yang mana menjadi antara aksi terburuk mereka.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373