Kedah idam gelaran naib juara

Estimate Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR: Penyerang import Kedah Darul Aman FC (KDA), Ifedayo Olusegun mahu memastikan momentumnya bersama Sang Kenari terus meningkat apabila turun menentang Kuala Lumpur (KL) City dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam esok.

-Advertisement-

Penjaring terbanyak Liga Super musim 2020 dan 2021 itu menjelaskan baki lima perlawanan adalah laluan yang cukup penting dalam usaha untuk mencapai misi bergelar naib juara Liga Super musim ini.

“Kami tidak boleh tercicir mata dan kami perlukan mata penuh jika ingin melengkapkan misi untuk berada di kedudukan kedua pada musim ini ketika saingan antara pasukan kini sudah pastinya semakin sengit.

“Oleh itu, saya bertekad memberi aksi terbaik saya bersama rakan sepasukan untuk membantu pasukan mencapai sasaran yang kami harapkan.

“Enam gol yang saya perolehi setakat ini menjadi pembakar semangat buat saya untuk terus membantu Kedah mencapai misinya hingga hujung musim nanti,” katanya.

KDA yang mengumpul 44 mata selepas mengharungi 21 perlawanan berada di tangga ketiga liga manakala KL City di kedudukan ketujuh dengan 31 mata.

-Advertisement-

Gelaran juara Liga Super kekal menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan PDRM 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Rabu lalu.

Selain itu, Ifedayo yang turut mencetak satu gol ketika menentang JDT pada 28 Ogos lalu juga berkata, kemenangan Sang Kenari menjadi keutamaan dalam objektif pasukan berbanding jumlah jaringan peribadi yang dicetaknya.

“Apa yang lebih penting bagi mencapai misi pasukan adalah mendapatkan kemenangan dalam setiap baki perlawanan berbanding jaringan gol yang direkodkan oleh saya.

“Memang setiap penyerang idamkan jumlah gol untuk dihasilkan, tetapi di akhir perlawanan hanya kemenangan yang dapat mengukur tahap serta kedudukan pasukan,” katanya.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373