WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1293) ORDER BY meta_id ASC

Kepayahan hidup bina kekentalan Dr Mahathir » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kepayahan hidup bina kekentalan Dr Mahathir

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR,  – Mengharungi kepayahan sewaktu usia muda menjadikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang cukup kental dalam menghadapi apa jua cabaran sehingga muncul sebagai pemimpin yang dihormati di dalam dan luar negara.

-Advertisement-

Apa yang jelas ialah beliau sanggup melakukan apa juga kerja dan merebut peluang yang datang demi kelangsungan hidupnya dan keluarga tanpa mementingkan sangat soal upah.

Episod kehidupan itu selain pernah menjadi mangsa buli dikongsi beliau ketika menjadi tetamu program Geng Pagi Hot dikendalikan pengacara Fizie, Suib dan Syuk di Putrajaya, yang disiarkan stesen radio Hot FM hari ini.

Mengimbau kenangan itu, Dr Mahathir, 94, berkata selepas menamatkan pengajian di Singapura dalam bidang perubatan, beliau mula bekerja dengan kerajaan sebagai ‘medical officer’ dengan gaji hanya RM400 sebulan sebelum dinaikkan kepada RM770 selepas dinaikkan pangkat sebagai ‘houseman’.

“Saya tak utamakan upah dan sebagainya. Bagi saya upah tak besarpun tak mengapa tetapi kalau ada semangat nak kerja, kita akan kerja lebih baik. Tetapi kalau kita bergantung kepada upah, prestasi kerja kita tak baik sebab kita kerja hanya nak dapat duit,” katanya.

Kehidupan Dr Mahathir turut dilakari episod menjadi penjaja di Pekan Rabu ketika zaman penjajahan Jepun setelah keluarganya hilang punca pendapatan.

-Advertisement-

“Pekerjaan pertama saya ialah jual goreng pisang, jual macam-macam di Pekan Rabu. Pada masa itu, zaman (penjajahan) Jepun, kita miskin, kita buat cara miskin, dan kerja tidak ada. Saya bukan doktor ketika itu.

“Jadi saya kerja jual goreng pisang, jual kayu api dan sebagainya di Pekan Rabu antara tahun 1943 atau 1944. Keluarga saya pun tidak ada pendapatan sebab ramai ketika itu kakitangan kerajaan kena berhenti, abang saya berhenti kerja, bapa pun tidak dapat pencen, jadi saya terpaksa kerjalah,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa usaha keras dan pegangan kepada nilai hidup yang baik menjadi penentu kepada kejayaan.

“Maju atau tidak seseorang, sesuatu bangsa atau negara bergantung kepada nilai hidup pegangan mereka. Kalau rajin, amanah dan ada perasaan malu jika gagal, bangsa itu akan berjaya,” kata perdana menteri.– BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC