Kepimpinan Dan Bakat Digital Pacu Negara AI 2030

Estimate Reading Time: < 1 minute

SELANGOR 11 Oktober 2026 (The Capital Post) – Pembangunan kepimpinan berwawasan serta bakat digital berkemahiran tinggi terus menjadi antara faktor penting dalam usaha Malaysia merealisasikan matlamat menjadi Negara AI 2030.

Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Fabian Bigar, menyampaikan ucaptama pada Sunway-PAIR Forum yang berlangsung pada 10 Oktober 2026, bertemakan “AI, Leadership and the New Economy: Who Wins, Who Leads, and What Comes Next?”.

Penganjuran forum oleh Sunway University itu menghimpunkan pemimpin serta pakar daripada sektor kerajaan, industri dan teknologi bagi membincangkan perkembangan kecerdasan buatan (AI), perubahan dalam landskap kepimpinan dan inovasi serta kesannya terhadap hala tuju ekonomi Malaysia.

-Advertisement-

Perbincangan tersebut turut menekankan kepentingan menyediakan generasi muda untuk menghadapi perubahan industri, khususnya melalui pemahaman terhadap keperluan kemahiran baharu dan peluang yang terhasil daripada perkembangan AI serta ekonomi digital.

Seiring transformasi teknologi yang semakin pesat, pembangunan bakat yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan menjadi elemen penting bagi memastikan Malaysia terus bersedia menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang dalam ekonomi berteraskan AI – The Capital Post