TERENGGANU 19 Oktober 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim, meneruskan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Merang dan SK Bukit Nanas bagi meninjau perkembangan projek pembangunan prasarana pendidikan di negeri ini.
Lawatan pada hari kedua itu memberi tumpuan kepada kemajuan pembinaan bangunan prasekolah, bilik darjah baharu serta kemudahan sokongan lain yang dirancang bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti persekitaran pembelajaran murid.
Pemantauan tersebut bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar mengikut perancangan, sekali gus menyediakan kemudahan sekolah yang lebih kondusif, selesa dan selamat. Kemudahan yang sedang dibangunkan itu disasarkan untuk disiapkan dan mula digunakan pada sesi persekolahan 2027.
-Advertisement-
Turut menyertai lawatan ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, barisan kepimpinan KPM, wakil Pejabat Pendidikan Daerah, pihak pengurusan sekolah serta komuniti setempat.
Lawatan ini mencerminkan usaha berterusan KPM dalam memantau pembangunan infrastruktur pendidikan bagi memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan murid dan menyokong proses pengajaran serta pembelajaran dengan lebih berkesan – The Capital Post