PUTRAJAYA 4 Jun 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memperkukuh hubungan strategik dengan institusi pengajian tinggi menerusi sesi libat urus yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan kemajuan sektor pendidikan tinggi negara.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), YBrs. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali di Putrajaya pada 3 Jun lalu.
Pertemuan tersebut menjadi platform bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan perkembangan semasa universiti, termasuk pelaksanaan serta kemajuan projek-projek pembangunan UTHM yang sedang dirancang dan dilaksanakan bagi memperkukuh kapasiti institusi berkenaan.
Perbincangan turut menyentuh usaha memperkasakan ekosistem pendidikan tinggi melalui pelaksanaan inisiatif strategik yang mampu meningkatkan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi di peringkat universiti.
-Advertisement-
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBrs. Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq; serta Pendaftar, Tuan Haji Naim Maslan.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan antara KPT dan UTHM dalam memperkukuh kerjasama strategik serta memastikan agenda pembangunan pendidikan tinggi negara terus dipacu secara mampan demi manfaat mahasiswa, masyarakat dan negara. – The Capital Post