Lampard sebab utama Werner pilih Chelsea

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Timo Werner mendedahkan pengurus Chelsea, Frank Lampard adalah faktor utama dia memilih Blues untuk musim depan walaupun menarik minat banyak pasukan utama Eropah.

-Advertisement-

Werner, 24, meledak 34 gol untuk RB Leipzig pada musim 2019/20 tetapi dia tidak akan menjadi sebahagian skuad Jerman itu dalam kempen Liga Juara-Juara bulan depan kerana sudah tiba di Stamford Bridge bagi persiapan musim depan.

Pemain antarabangsa Jerman itu menjadi antara rebutan banyak kelab selepas Liverpool dikaitkan dengannya sejak beberapa bulan selepas Werner memuji bos Reds, Jurgen Klopp.

Bagaimanapun katanya, visi Lampard mengenai bagaimana dia akan menyesuaikan diri dengan barisan serangan baharu musim depan selepas Hakim Ziyech juga sudah ditandatangani dari Ajax, meyakinkan dirinya untuk ke Chelsea.

“Dia adalah sebab utama; kami banyak bercakap mengenai perkara seperti sisten, seperti bagaimana dia mahu kami bermain dan melihat saya beraksi, dan bagaimana sistem itu sesuai dengan saya,” kata Werner kepada laman sesawang Chelsea mengenai pengaruh Lampard.

-Advertisement-

“Dia individu yang sangat baik yang bukan hanya memberitahu saya apa yang dia mahukan daripada saya sebagai pemain, tapi dia juga mahu membantu saya sebagai individu. Dia kini mengenali saya lebih banyak dan antara kami sangat baik dan kini saya gembira di sini.”

Kemenangan pada hari terakhir mengatasi Wolves memastikan tempat Chelsea di Liga Juara-Juara musim depan dan mereka tampak akan berbelanja besar untuk cuba mengurangkan jurang dengan Liverpool dan Manchester City di persada Liga Perdana.

Selain Werner dan Ziyech, Kai Havertz juga dilaporkan semakin hampir berhijrah ke London dari Bayer Leverkusen, ketika Chelsea juga mahu memperkuatkan posisi penjaga gol dan pertahanan kiri.

– AFP


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373