Lazada zahir sokongan untuk wanita ‘Pink October’ anjur Festival Wanita 10.10

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Lazada, platform e-dagang terkemuka di Malaysia, bekerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan CARING MOMS untuk menyokong dan memperkasakan wanita Oktober ini, menerusi Festival Wanita Lazada 10.10.

-Advertisement-

Inisiatif daripada penganjuran festival itu, untuk memberi kembali kepada wanita dalam komuniti tempatan dan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang diterajui kaum hawa dalam mendigitalkan perniagaan mereka, yang akhirnya memberi manfaat ekonomi digital Malaysia yang sedang berkembang pesat.

Antara siri aktiviti 10.10 ini menampilkan LazadaForGood Pink October Campaign iaitu lebih 15 jenama dan peniaga telah berjanji untuk menyumbangkan peratusan hasil pendapatan mereka daripada jualan satu hari festival itu kepada NCSM untuk menyokong usaha memerangi kanser payudara.

Hasil jualan yang diperoleh daripada acara itu akan menyokong perkhidmatan kanser secara holistik NCSM kepada pesakit kanser, penjaga mereka dan kempen kesedaran kanser awamnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow dalam kenyataan berkata Festival Wanita Lazada 10.10 berfungsi sebagai kesempatan untuk menghimpunkan rakyat Malaysia untuk menawarkan khidmat, menyokong dan meraikan wanita dalam masyarakat.

“Kami bersyukur kerana mempunyai jenama dan peniaga kami dalam usaha bersama untuk menyokong wanita di seluruh negara yang bertarung dengan kanser.

“Sokongan paktikal dan emosi yang diberikan kepada pesakit kanser dan keluarga mereka oleh NCSM adalah signifikan dan kami berbesar hati kerana berpeluang membantu mereka meneruskan usaha hebat ini,” katanya.

Chow berkata bermula 10.10 ini, Lazada juga bekerjasama dengan CARING MOMS, pasaran yang didedikasikan untuk pembangunan keusahawanan wanita, membantu pemilik PKS yang diterajui wanita mendigitalkan perniagaan dan mempelbagaikan aliran pendapatan mereka.

“Lazada berhasrat membina ekosistem e-dagang yang inklusif yang menjadikannya mudah diakses oleh sesiapa sahaja yang mahu menyertai pendigitalan termasuk meningkatkan bilangan usahawan wanita berbakat.

-Advertisement-

“Kerjasama dengan CARING MOMS menyediakan peluang unik bagi wanita tempatan yang memiliki perniagaan untuk berniaga dalam talian dan menikmati kemajuan dalam ekonomi digital yang berkembang pesat ini. Kami ingin memperkasakan wanita melalui Festival Wanita Lazada 10.10 dan perkongsian seperti ini, membawa kepelbagaian dan vitaliti kepada dunia perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar dan Pengarah Perubatan NCSM Dr M. Murallitharan berkata sumbangan itu akan dapat menyalurkan bantuan subsidi kepada wanita kurang berkemampuan untuk menjalani saringan awal pengesanan kanser payudara serta memperkasakan orang ramai dengan pengetahuan dan kesedaran mengenai pencegahan kanser dan pengesanan awal.

Bantuan itu juga dapat membantu operasi pusat panggilan maklumat kanser dan perkhidmatan sokongan psikososial percuma untuk pesakit kanser dan penjaga mereka, katanya.

“Kami berterima kasih kepada Lazada Malaysia serta semua jenama dan peniaga mereka yang menyertai program ini untuk membantu kami dalam usaha menyediakan perkhidmatan pendidikan, penjagaan dan sokongan untuk pesakit kanser payudara, penjaga mereka dan masyarakat,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CARING MOMS Mejar (B) Shera Ann Bosco yakin kerjasama ini akan memberi manfaat kepada usahawan wanita di Malaysia dalam memasarkan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas dan membantu mempopularkan PKS wanita yang menjual makanan, produk dan perkhidmatan.

“Lazada adalah nama terbesar dalam platform e-Dagang yang dibina atas asas yang kukuh dengan pangkalan pengguna yang signifikan dan usahawan yang mempercayai jenama ini. Manfaatkannya,” kata beliau.

Festival Wanita Lazada 10.10 juga akan menampilkan pelbagai tawaran menarik dari pelbagai jenama dan peniaga serta pengalaman membeli-belah eksklusif dan inovatif, khusus bagi pembeli wanita.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana anda dapat membantu dan berbelanja untuk tujuan, atau jika anda mencari tawaran hebat pada bulan Oktober ini, layari www.lazada.com.my/be1010this1010/. -BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373