Lima penjawat awam direman enam hari

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Sembilan individu, termasuk lima kakitangan Kementerian Kewangan direman enam hari bagi membantu siasatan kes menguruskan pendaftaran akaun ePerolehan tanpa mengikut prosedur.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman terhadap mereka termasuk tiga penjawat awam wanita, bermula hari ini hingga Rabu ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes berkenaan mengikutu Sekyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Suspek lima wanita dan empat lelaki berusia antara 30 hingga 47 tahun yang memakai pakaian lokap SPRM dibawa ke Mahkamah Putrajaya, menaiki kenderaan agensi itu pada jam 9 pagi tadi.

Sementara itu, satu sumber mendedahkan suspek kesembilan yang juga orang awam ditahan SPRM sekitar jam 12 tengah malam tadi kerana disyaki turut terbabit dalam sindiket pendaftaran eperolehan itu.

Suspek difahamkan antara ‘runner’ yang ditahan bagi memudahkan urusan sindiket berkenaan.

BH semalam melaporkan SPRM menanah lima kakitangan Kementerian Kewangan untuk siasatan kes menguruskan pendaftaran akaun ePerolehan tanpa mengikut syarat ditetapkan.

Turut ditahan tiga orang awam yang disyaki bersekongkol dalam aktiviti itu sejak 2017 dan mereka dikatakan sudah mengaut hasil ratusan ribu ringgit dari pelbagai syarikat, termasuk yang dipercayai bukan milik Bumiputera.

Mereka yang terbabit menawarkan khidmat mempercepat dan memudahkan permohonan pendaftaran akaun ePerolehan bersama status Bumiputera untuk syarikat di sekitar Lembah Klang.

Sumber memberitahu, mereka yang ditahan di tempat berasingan sekitar ibu negara dan Putrajaya mengenakan bayaran antara RM500 hingga RM3,500 bagi setiap permohonan untuk mempercepat proses pendaftaran ePerolehan.

Akaun ePerolehan ialah sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan secara dalam talian. Ia juga pilihan untuk pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil MoF.

-BH

-Advertisement-

-Advertisement-


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373